KEMBARA MUJAHIDIN

BLOG PERIBADI LATIHAN ILMIAH

 
DEMI MASA

WAKTU SOLAT
PENGUMUMAN








PENGUMUMAN PENTING
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG MENGUNJUNGI BLOG INI.UNTUK PENGETAHUAN SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN,BLOG INI SEDANG DIBANGUNKAN DAN MASIH DALAM PROSES MENAIK TARAF. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. TERIMA KASIH.

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

MY OTHER BLOG
RAKAN ILMIAH
KULIAH
RAKAN-RAKAN LATIHAN ILMIAH

PENYELIA LATIHAN ILMIAH.
****************


PENYELIA I,
DR. SITI FATIMAH MOHD YASSIN


PENYELIA II,
DR. SAEMAH ABDUL RAHMAN

****************
RAKAN-RAKAN LATIHAN ILMIAH
****************


A 105 266
MOHD FADHIL BIN HASBI TAN


A 109 683
ABDUL RAHIM BIN TALIB


A 109 683
AZIZUL BIN TAHER


A 104 660
LUKMAN HAKIM BIN ABDULLAH


A 105 669
SHAZRIL IMRI


A 109 122
MOHD FITRI BIN ISMAIL


A 109 890
NAFSAH BINTI MOHD SHAH


A 109 683
MUSTAPHA BIN MAHMUD


A 105 096
NAZRATON AIEDAH BINTI ISA


A 105 009
ROSEHARYATI BINTI SHAHAR


A 104 974
SHUHAIMI BIN ABDUL HAMID


A 105 213
MOHD FIRDAUS BIN TERMIZI


A 105 630
SURIANI BINTI NUNURUNG


A 109 683
ABDUL HALIM BIN MOHAMAD


A 105 370
SITI KHADIJAH BINTI KADIR


A 105 720
MOHD MUSTAQIM BIN MAT ALI


A 105 720
AZHAR

JOM MUHASABAH DIRI
Sunday, November 16, 2008
  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tandatanda kesal di atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
  8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
  10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 7:33 AM   0 comments
ANAK ZAMAN SEKARANG
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyipenyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
  1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
  2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang.
  3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro.
  4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina.
  5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
  6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
  7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
  8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
  9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
  10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
  11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
  12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 7:21 AM   0 comments
10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat
Tuesday, November 11, 2008
Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh
hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Hiduplah Sesuka hatimu,

Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 7:04 AM   0 comments
About Me

Name: MOHAMMAD FAKRUDIN
Home: dungun, terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
KOMENTAR

Free chat widget @ ShoutMix
Template by

Blogger Templates

BLOGGER